POPIA NESTUM HORLICKS RANGUP

popia nestum horlicks rangup

POPIA NESTUM HORLICKS RANGUP

Bahan-bahan:

1 bungkus popia
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula – kisar halus
1 cawan nestum – kisar halus
Lidi satay
Telur
Minyak masak

Cara – cara:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.

2. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

4. Apabila sudah sejuk, tabur,horlicks, gula dan nestum kisar di atas kulit popia tersebut. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.

  • Add Your Comment