Pulut Pisang @ Pulut Bangkok

[PULUT PISANG @PULUT BANGKOK]

 

Kuih pulut pisang atau Pulut Bangkok memang salah satu kuih kegemaran. Mengambil masa sedikit untuk menyediakannya memandangkan pulut perlu dikukus terlebih dahulu. Hasil rujukan dari blog Citarasawan dapat juga disediakan kuih ini.

Bahan-bahan:

Bahan A

500 gm beras pulut

300 ml air

100 ml santan pekat

pewarna hijau

1 sudu teh garam

2 helai daun pandan

5 biji pisang nangka @ pisang tanduk

Bahan B

1/2 cawan gula pasir

sedikit air

1 biji kelapa parut

1/4 sudu garam

1 helai daun pandan

Cara penyediaan:

Rendam pulut dengan pewarna hijau

Toskan dan kukus dengan daun pandan dan santan separuh masak

Keluarkan pulut dan ambil sedikit dan letak di atas plastik atau daun pisang dan tekan biar rata dan letakkan pisang ditengahnya. Gulung dengan kemas.

Kukus semula pulut gulung tadi selama 15 minit atau sehingga masak. Keluarkan alas plastik dan ketepikan

Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam

Apabila air mendidih tuangkan ke atas kelapa parut dan gaul rata

Ambil pulut tadi yang dikukus tadi gaulkan dengan kelapa parut dan potong 3 atau 4 bahagian.

Sumber : Cik Nora Salleh

Like & Share

  • Add Your Comment