PULUT SERUNDING

pulut serunding

RESEPI PULUT SERUNDING

Bahan2:
utk pulut
500g beras pulut
500ml air
100ml santan
Garam
Gula

Caranya:
1. Basuh beras pulut & rendam selama 30minit.
2. Selepas 30minit, toskan beras pulut & masukkan ke dalam periuk ajaib, Noxxa.
3. Masukkan air.
4. Tekan function high pressure selama 5 minit & tunggu sehingga selesai.
5. Release pressure & masukkan santan (yang dibancuh sedikit garam & gula). Gaul rata.
6. Tutup periuk & tekan function heat selama 5 minit.
7. Selepas selesai 5 minit, pulut sedia dihidang.

utk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula
Sedikit air jika perlu

Caranya:
1. Kisar lumat serai, bawang, cili kering & udang kering.
2. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
3. Masukkan kelapa parut & kunyit serbuk.
4. Semasa menggaul, masukkan sedikit air & sebatikan bahan2.
5. Masak sehingga kelapa parut kering, perisakan garam & gula.
6. Siap.

 

  • Add Your Comment