SAMBAL KERING PEPARU

sambal kering paru

SAMBAL KERING PEPARU

BAHAN-BAHANNYA 🙂
500 gram paru lembu, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih*(*direbus hingga lembut, toskan dan biar sejuk)
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan jus pekat asam jawa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS 🙂
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris halus
1/2 inci halia
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA 🙂
1. Paru tadi digoreng hingga keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali (bukan lah sikit sangat, agak2 lah yea) tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
2. Tuang jus asam jawa, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan gula. Masukkan paru goreng tadi. gaul rata dan masak hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun bawang…Hidangkan

  • Add Your Comment