Sandwich Salad Ayam

sandwich salad ayam

SANDWICH SALAD AYAM
BAHAN-BAHANNYA
2 keping roti sandwich (mat guna roti gardenia)
2 keping nugget ayam, Ayamas, goreng, toskan
1/2 biji bawang holland, cincang halus
3 helai daun bawang, hiris kecil
1 camca besar mayonnaise
1/2 camca besar sos thousand island
Sedikit serbuk lada hitam
1 keping cheesedale
sedikit minyak zaitun

CARA MEMBUATNYA
Nugget ayam dipotong kecil, masukkan ke dalam mangkuk bersama bawang, hirisan daun bawang, mayonnaise dan sos thousand island, kacau rata dan tambah sedikit serbuk lada hitam.
Letak atas sekeping roti, lapis dengan cheesedale dan letakkan sekeping roti atanya. Panaskan non-stik pan dengan sedikit minyak zaitun, bila pan panas, berhati2 letak sandwich tadi. Kecilkan api dan masak hinga roti kuning keemasan dan sedikit garing.
Terbalikkan dan masak hingga permukaan satu lagi sedikit garing. Angkat dan kerat 4 bahagian.

  • Add Your Comment