Siew Mai Dimsum Kukus

siew mai dimsum kukus

SIEW MAI DIM SUM KUKUS

BAHAN-BAHAN:
15 keping kulit wantan kuning
100gm isi ayam -dikisar
5gm biji sago merah
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1 Gaulkan isi ayam bersama serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa hingga sebati.
2 Kemudian rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama satu jam.
3 Setelah itu, isikan adunan tadi ke dalam kulit wantan dan kemaskan di sisinya.
4 Letakkan biji sago merah di atasnya dan kukus selama 10 minit.

Pastikan dim sum dikukus di dalam bekas kukusan dim sum.
  • Add Your Comment