Singgang Daging Kelantan

Alhamdulillah settle berperang dekat dapur daging singgang mek kelate is done 😋😋
.
.
Resepi Singgang Daging KELANTAN yang sangat SEDAP & MUDAH nak buat.

Bahan-bahan:

1/2 kg daging – hiris/potong kecik *
1½ inci lengkuas – ketuk *
1 inci halia- hiris memanjang, kecil-kecil*
2 sudu besar ketumbar – tumbuk kasar *
3 ulas bawang putih – mayang *
4 ulas bawang merah-mayang*
3 tangkai lada kering -tumbuk bersama ketumbar(tidak lumat) *
3 keping asam keping
Garam dan gula
Serbuk perasa dan budu ( jika suka)
Air

Cara:

  1. Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
  2. Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). -rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan2 masuk ke dalam daging.
  3. Masukkan air.
  4. Biarkan sehingga daging empuk.
    5.Masukkan garam dan asam keping.Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
  5. Boleh letak serbuk perasa dan budu.
  6. Lepas tu tutuplah api.Boleh dihidangkan.

-garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.

Makan dengan nasi panas tau. Konpem, tersandar wehhh!!😘

  • Add Your Comment