SINGGANG IKAN TENGGIRI

berpantang - singgang ikan tenggiri

SINGGANG IKAN TENGGIRI

BAHAN-BAHAN
ikan tenggiri 3 keping besar
3 ulas bawang putih – dimayang
2 cm lengkuas – dihiris nipis
2 cm kunyit hidup – dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa

CARA-CARA
Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masakkan hingga kuah mendidih.
Sedia untuk dihidang. Sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas

  • Add Your Comment