Siumai / Dumpling

siumai dumpling

Resepi Siumai/ Dumpling

Bahan-bahan untuk buat kulitnya.
250gm tepung gandum
80gm tepung ubi
200-220ml air panas mendidih
sedikit garam
1 1/2 sudu besar minyak masak

Cara-cara membuatnya.
1. Satukan tepung gandum,tepung ubi, garam dan minyak masak. Gaul sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air panas.
3. Uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
4. Biarkan adunan selama 20 minit dalam bekas tertutup.

Bahan-bahan untuk intinya
1. 2 keping isi ayam dikisar halus
2. 12 ekor isi udang dikisar halus
3. 3 biji bawang merah kecil dicincang halus
4. 2 biji bawang putih dicincang halus
5. sedikit carrot dicincang halus
6. sedikit daun bawang
7. sedikit lada sulah
8. garam dan gula secukup rasa
9. 1 sudu besar sos tiram
10. 2 sudu besar tepung jagung
11. 2 sudu kecil minyak bijan
12. 1 biji telur dipukul kembang
13. 1 biji cili merah besar dipotong halus

Cara-cara membuatnya
1. Satukan semua bahan.gaul sebati.

OKK sekarang proses melipat Siumai
1. Canaikan adunan tepung tadi..macam kita buat karipap.
2. Letak inti ditengah-tengah.okk boleh lah lipatmengikut kreativiti anda. Buat mcm karipap pun boleh.
3. Bila dah siap bolehlah kukus.

okk siap..selamat mencuba.

  • Add Your Comment