Soto

RESIPI SOTO CARA SAYA😬

Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 org makan)

•lengkuas 1 inci
•halia 1 inci
•bawang merah besar 4 biji (mmg Klau byk lg sdp)
•bawang putih 1 ulas
•buah keras 1 biji
*blend semua bahan di atas

•Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
•serai 2 batang (ketuk)
•minyak utk menumis
•Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
•Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
•kiub ayam 1
•akar daun sup (potong n cuci bersih)
•air 2 liter/ sejug
*atau kalau xnk guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kdg guna rempah soto je boleh dpt kan jenama apa saja. Bahan lain jgn ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jgn bergantung dgn rempah semata2.

Cara masak:
•tumis bahan blend, serai n akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang smua tu x rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akn jd wangi.
•masukkan serbuk sup n kurma / rempah soto.
•masukkan ayam. Agak2 air ayam da hampir kering baru masukkan air.
•masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)
•Siap!

Resipi Begedil kentang
•ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.
•lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat2 kan then leperkan sedikit.
•Telur 1 biji
•lada sulah
•garam secukup rasa
*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nnti jadi mcm bersarang.

*cara goreng begedil supaya x hancur, panaskan minyak agak2 tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh k. Panas kan dgn api yg kecil sehingga betul2 panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik2kan selagi yg sebelah kena minyak tu x garing/kekuningan. Da garing bru balikkan ye. Klau balikkan awl2 mmg pecah ler.

Resipi Sambal Kicap (boleh tengok post sy sebelum ni, klik link bawah k)

https://m.facebook.com/groups/1399614277028551?view=permalink&id=3154224534900841

Dari fb: fara lome

*maaf tersalah terkurang. 😬

  • Add Your Comment