Sup Ayam / Daging Berempah

Berpantang - sup ayam atau daging berermpah

SUP AYAM BEREMPAH / SUP DAGING BEREMPAH

BAHAN-BAHAN
2 ketul ayam
Sekeping halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Sesudu teh biji ketumbar
Sedikit lobak merah didadu
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
Air
Garam
Sup bunjut Adabi

CARA-CARA
Didihkan air di dalam periuk bersama sup bunjut adabi. Masukkan halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. Biarkan air mendidih. Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk. Perasakan dengan lada hitam dan garam. Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan merenih seketika dan hidangkan

  • Add Your Comment