SUP EKOR

sup ekor

 

Sup Ekor
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg ekor lembu di potong kecil
5 ulas bawang – hiris utk menumis
1 sudu besar rempah sup serbuk
1 bunjut sup – opsyenal
1 inci halia – hiris kasar
Garam

Bahan tabur:
3 biji cili padi – hiris
Limau nipis
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup – hiris

Cara cara:
Masukkan tulang ke dalam pressure bersama air secukupnya. Masukkan 3 ulas bawang merah dan halia yang dihiris kasar, sup bunjut dan sedikit garam. Klik ON pada pressure cooker.
Kalau tak ada presure cooker nie,,boleh jugak guna periuk biasa je
Dalam kuali lain, tumis bawang merah yang dihiris sehingga wangi. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan air. Masak sehingga mendidih

Masukkan rempah yang ditumis ke dalam periuk sup. Sesuaikan garam. Taburkan bahan bahan hiris dan perahkan air asam limau secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

  • Add Your Comment