Tart Telur

Tart TelurRESEPI TART TELUR
Bahan-Bahan:
====================
Bahan kulit:
100g mentega tawar sejuk
1/4 st garam
30g gula icing
150g tepung gandum
20g tepung susu
1/2 st serbuk penaik
1 biji kuning telur
=====================
Bahan Inti:
50g gula kaster
1/4 st garam
1/4 st esen vanila
150ml air
4 biji telur~pukul ringan
100ml susu evaporated
=====================
Cara membuatnya:
1.Kulit;campurkan mentega tawar sejuk,garam,gula aising,tepung gandum,susu tepung dan
serbuk penaik sehingga berbutir.
2.Masukkan kuning telur.Uli sehingga menjadi lembut.
3.Leperkan di cawan aluminium berdiameter atas 8 cm,bawah 4.8 cm dan tinggi 2 1/2 cm.
Bentukkan bahagian tepinya sambil ditekan menggunakan garfu.
Cucuk-cucukkan dengan lidi.
4.Bakar selama 10 minit dengan suhu ketuhar 170c sehingga setengah masak dan berkulit.
Sejukkan.
5.Inti;rebus gula kaster,garam,esen vanila dan air sehingga mendidih dan gula larut.Sejukkan.
6.Pukul ringan telur.Masukkan larutan gula dan susu evaporated.Kacau rata.
7.Tuang ke dalam kulit.
8.Turunkan suhunya sehingga 160c.Bakar lagi selama 25 minit sehingga masak.
Sejukkan.
=================================
Nota:
1) Pukul telur jangan sehingga berbuih supaya permukaan licin dan berkilat.
2) Masa bakar dulang tart Rahel letak di rak paling bawah.Bakar guna api atas dan bawah.Kena jaga time bakar tart ni jangan sampai gelembung2 di permukaan…nanti tart telur kita kurang cantek.Selamat Mencuba!
==================================
Dikongsi Oleh: Rahel Blogspot
Sumber: http://rahelblog-rahel.blogspot.com/

  • Add Your Comment