WAFFLE

waffel

WAFFLE
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 cawan susu segar
2 biji telur ayam
1/3 cawan mentega yang dah dicairkan
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar gula

Cara-cara
– Asingkan telur putih dan kuning
– Mix kuning telur hingga kembang, kemudian masukkan sus segar, mentega cair dan garam. Mix lagi hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung serta baking powder dan mix hingga semuanya sebati
– dalam bekas lain, campurkan gula dengan telur putih. Mix hingga bertanduk. Bertanduk ni bermakna kenatal la ye.. Bila terbalikkan bekas tu adunan tu xjatuh.
– Bila dah bertanduk ambil sedikit bancuhan telur putih td dan masukkan ke dalam bancuhan telur kuning. Kaup balikkan. Kemudian campurkan selebihnya dan kaup balikkan hingga semuanya sebati
– Panaskan waffle dan sapu sedikit butter
– Sendukkan bancuhan ke dalam waffle maker.
– Tutup waffle dan biarkan waffle masak sepenuhnya.
– dah siap sapu la apa2 yang korang suka….

  • Add Your Comment