Dah Penat Berdiet Tapi Tak Turun-Turun… KENAPA YA??

Ramai yang mesej Kak Zura untuk dapatkan nasihat masalah nak kurus. Ramai yang dah macam penat berdiet. Ada yang dah cuba macam-macam tapi masih juga gagal. Ada yang dah berjaya turun berat tapi bila stop je produk diet tu, berat badan lagi naik.. Anda pula macam mana?? Ada masalah berat badan ke?? Dah penat berdiet tapi masih tak turun-turun?

 

Penat Berdiet? Kenapa jadi macam tu??

Jika anda sedang dalam proses nak turunkan berat badan.. pastikan berat yang turun tu adalah lemak bukannya air. Sebab, 2kg lemak lebih besar saiznya dari 2 kg daging.

penat berdiet banyak lemak

 

Terdapat 3 keadaan yang anda perlu titik beratkan bila nak kurus atau mulakan program turun berat badan. Yang pertama, perasan tak kadang kadang kita turun 1kg berat badan, tapi seluar tak longgar-longgar pun. Ini kerana besar kemungkinan anda turun otot tapi bukannya lemak. Sebab tu lah saiz badan tak mengecil.

Kedua, ada juga sesetengah orang, bila timbang berat turun walaupun 1/2 kg, tapi baju dah rasa longgar. Besar kemungkinan lemaknya menurun melebihi otot. Ini disebabkan bila kita jaga makan dan juga bersenam sebab tu lemak kat badan tu terbakar lagi banyak.

Keadaan yang ke-3 adalah berat tak turun-turun, tetapi baju rasa longgar. Yang ni macam pelikkan? Kak Zura pun alami macam ni. Ini pula bila lemak menurun dan otot menaik, sebab tu lah berat badan tak berubah. Sebenarnya ini adalah yang terbaik. Bila lemak dah terbakar, otot akan bertambah untuk isi ruang-ruang lemak tadi supaya lemak tak akan terjadi lagi. Kelebihan ini berlaku bila kita amalkan protin dalam pemakanan dan kurangkan karbohidrat. So, Kak Zura pun tak risaulaaa tentang berat tak turun janji baju longgar.. 🙂

 

‘Crash diet’ (atau diet berlapar) selalu membawa kepada mengecilkan otot dan lemak tiada perubahan. Cara turun berat badan begini sangat tidak baik. Anda besar kemungkinan akan naik berat badan semula ke keadaan yang asal (Yo-yo diet).

Tambahan pula, bila otot mengecil, metabolisma kita juga menurun dan badan akan menjadi letih dan lesu dan mungkin nampak kurang segar dan sihat.

Kalau anda nak turun berart badan, lakukanlah dengan cara yang teratur dan menitik beratkan kepada pemakanan yang sihat setiap hari.

berat-sama-tapi-gemuk

Apa Anda Perlu Buat Jika Dah Penat Berdiet

Anda dah penat berdiet tapi masih gagal? Untuk pastikan lemak turun melebihi dari otot, ambillah program turun berat badan dengan menitik beratkan pengambilan makanan bernutrisi yang mencukupi. Kak Zura boleh bantu jika anda nak kurus. Kak Zura ada sediakan program untuk 14 hari sahaja, anda tengok dulu kesannya macam mana. Kak Zura jamin, anda pastikan tersenyum.. Nak slim kan??

Kak Zura tunggu.. whatsapp or sms ke 012-2777396 

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.