Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kenapa Allah Ciptakan Rasa Rindu?

Sekarang ni jam 11.25pm.. malam-malam gini mula laaa rasa rindu.. Rindu pada mr hubby Kak Zura yang sedang kerja di Kota Bharu. Dah setahun dia start bisnes Projek Buat Rumah untuk mereka yang ada tanah sendiri di Kelantan.. Kak Zura dan anak yang selalu ulang alik balik Kota Bharu.. sambil-sambil tu boleh jumpa mummy daddy Kak Zura.. rinduuuu juga pada mom and dad.. kalau tak dapat jumpa, wajib hari-hari misti call atau whatsapp tanya khabar..

i-miss-you-funny-wallpapers

Baiklah.. Di sebabkan perasaan rindu ni.. Kak  Zura pun rasa nak share pulak kenapa Allah ciptakan rasa rindu? Kak Zura pasti ramai yang tak tahu..

Jika kita tahu seperti apa dan bagaimana hubungan rasa rindu dan cinta, kita tahu kenapa rindu mesti ada. Ciri-ciri orang yang jatuh cinta atau orang yang tengah dilamun rindu, kerap kali terlepas mesyuarat, asyik khayal, termenung, tiba-tiba rasa sedih dan sebagainya. Tapi Kak Zura takde laaa sampai tahap tu.. hehehee.. tu dah angau tu.. (psstt!! rahsia.. sebenarnya time remaja masa cintan cintun ada jugak macam tu.. angau.. hehehehe). Anda macam mana? Pernah ke angau.. hehehe…

Cinta dan rindu ibarat nasi goreng dan garam. Tanpa garam, nasi goreng akan terasa hambar. Artinya, Cinta lebih terasa jika dilengkapi rindu. Semua orang yang merindukan sesuatu hampir dapat dipastikan mencintai sesuatu, tetapi tidak semua orang yang mencintai sesuatu merindukan sesuatu itu, perkara ini logik jika tiada muncul rasa rindu, kerana orang tersebut “sering” bertemu. Oleh kerana itu rindu adalah satu tanda cinta. Jika tanda cinta itu tidak ada, bukan bererti cinta nya tidak ada, sama halnya seperti nasi goreng, jika garam tak ada, bukan berarti nasi goreng tak ada, boleh jadi nasi goreng tetap ada, tapi tentunya dengan rasa berbeza (hambar), begitu juga cinta, jika rindu tak ada, boleh jadi cinta tetap ada, namun tentunya dengan rasa berbeza.

Hal dahsyat lain sebagai contoh tentang rindu, apa kata Allah memberi khabar gembira bagi orang yang berpuasa? orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan yang salah satunya adalah “Berbuka Puasa”. Bukankah jika direnungkan ada rindu disini? Bila umat islam berpuasa dengan menahan diri dari (seperti makan, minum, dan hubungan bagi pasangan suami isteri) dari terbit matahari hingga tenggelamnya membuat masa berbuka menjadi saat-saat yang paling membahagiakan, kenapa? Kerana saat itu lah memang yang dirindukan. Dengan demikian kita tahu bahawa puasa menjadi begitu nikmat kerana ada rasa rindu bila menunggu waktu buka, lihat lah bagaimana jika puasa tanpa menahan diri, atau tanpa buka puasa, atau dengan buka tapi selepas dua hari? Bagaimana rasanya kerinduan berbuka selama dua hari, tentunya sangat menyakitkan bukan?

Rindu pun kadang-kadang menyeksa dan menyakitkan, terutama rindu yang muncul disebabkan kerana jarak yang terlampau jauh sehingga “jarang” menjadi “semakin jarang”. Apa yang salah dari nasi goreng terlebih masin? Apakah kerana garamnya itu sendiri? bukan, tapi kerana hidangan yang berlebih, sama halnya dengan rindu, hidangan atau kuantiti yang berlebihan hanya lah membuat rindu menjadi semakin menyakitkan, bahkan terkadang menyiksa.

Allah telah menegaskan melalui Nabi-Nya bahawa jangan lah seseorang terlalu mencintai sesuatu secara berlebihan, kerana boleh jadi dikemudian hari dia membencinya, begitu pula sebaliknya, jangan lah seseorang terlalu membenci sesuatu kerana boleh jadi dikemudian hari dia mencintainya. Intisari dari ungkapan ini adalah mengenai “Hidangan” atau “Kuantiti”, ada bahagiannya masing-masing. Lebih dan kurang ada kesan atau akibatnya tersendiri. Disini lah rindu menguji sahabatnya, jika terlalu berlebihan ia akan menyiksanya, jika kurang ia akan membuatnya merasa hambar.

Rindu tidak dapat dielak, semakin ditahan ia semakin menyakiti, rindu hanya boleh diatur ikut kepentingan, siapa atau apa yang mesti kita rindukan terlebih dahulu. Apa yang harus lebih banyak jika kita masak nasi goreng? Garamnya lebih banyak dari nasinya atau sebaliknya? Jika ada dua orang dalam hidup kita, kekasih dan ibu kita, dan misalkan kedua-duanya jauh dari kita. Adakah rindu kita layak dihabiskan dengan memikirkan kekasih? Kekasih nombor satu atau ibu nombor satu? Ini hanya lah gambaran kecil daripada sekian banyak gambaran.

rasa-rindu

Jika Cinta kepada dunia tidak ada, adakah rindu ada? Ini boleh dianalogikan dengan rumah, jika rumah tidak ada atau tidak dibuat, sama ada batu-bata tidak ada? Jika nasi goreng tidak ada, apakah garam juga tidak ada? Keduanya tetap ada dan muncul dua kemungkinan, digunakan untuk yang lain, atau tidak digunakan sama sekali.

Kemungkinan pertama, seseorang boleh saja tidak mempunyai rasa cinta kepada dunia misalnya, dengan demikian ia tidak rindu mendapatkan harta melimpah, tidak rindu mendapatkan pasangan yang sesuai, tidak rindu bersama kemewahan, dan lain-lain, ia hanya rindu kenikmatan syurgawi. Bukan kah rindu tetap ada? Hanya orientasinya berubah menjadi rindu kepada kenikmatan syurgawi, atau digunakan untuk meraih kenikmatan akhirat, bukan untuk menambah rasa pada cinta dunia, tetapi menambah rasa kepada cinta akhirat.

Kemungkinan kedua, tidak digunakan sama sekali. Seperti sama ada contoh rindu yang tidak digunakan? Ini menuntut untuk memercepat jawapan dari pertanyaan kenapa rindu diciptakan Allah? Jawapannya adalah “Agar membuat sesuatu menjadi lebih berasa (baik berasa lebih indah atau sebaliknya, menyenangkan atau menyakitkan”. Jika rindu tidak digunakan maka sesuatu itu tidak berasa atau hambar (biasa-biasa saja), seperti dua pasang kekasih yang sering bertemu, puasa dengan makan dan minum seperti biasa, dua sahabat yang setiap saat walaupun saat bertemu, dan lain-lain. Rindu tetap ada, beradasarkan realiti, namun tidak berfungsi. Tidak berfungsi untuk apa? Untuk menambah rasa! Jika garam tidak dipakai dalam memasak nasi goreng, maka garam tidak berfungsi, tidak berfungsi untuk menambah rasa masin, hasilnya bagaimana? nasi goreng tidak ada rasa… tawar..

Demikian lah mengapa Allah menciptakan rasa rindu; untuk menambah rasa, dan ini hanya salah satu hikmah dari hikmah-hikmah lain yang masih tersembunyi dan belum terungkap.. Wallahhualam.

Amacam?? Anda mula rasa rindu pada seseorang?? Try laaa whatsapp.. Jangan lupa call mak dan ayah anda juga tau.. pasti mereka pun rindu pada kita, cuma takut ganggu kita je.. 🙂

Kak Zura harap artikel ini berguna untuk anda.. boleh share dengan rakan-rakan.. SELAMAT MERINDU.. 🙂

 

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.