Rahsia Biji Halba Buat Wanita

Kalau orang Kelantan, guna biji halba bila nak masak nasi dagang.. Kak Zura tak tahu pun biji halba ni banyak khasiatnya. Kita cuba baca artikel pasal biji halba ni ya..

Sejak 1500 tahun sebelum masihi, halba atau nama arabnya Hulbah telah diketahui memiliki banyak khasiat yang tiada tandingnya. Nama saintifik yang jarang di dengar ialah Fenugreek. Setelah di teliti dan di kaji oleh para cendiakawan dan saintis, Fenugreek ini secara tradisionalnya mampu mengubati dan merawat tubuh badan seseorang yang bermasalah:

  • Meransang dan menstabilkan hormon payudara
  • Membantu membesarkan payudara dan mencantikkan bentuk
  • Mengubati gangguan hormon
  • Meningkatkan libido wanita dan juga lelaki
  • Membantu kesuburan suami isteri
  • Melancarkan haid
  • Memudahkan ketika proses bersalin
  • Nutrisi terbaik penambah susu ibu yang menyusukan anak
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menjaga sistem jantung
  • Menstabilkan nafsu makan
  • Mengurangkan masalah over weight
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Mencukupkan serat dalam tubuh badan
  • Mengubati kanser usus
  • Mangatasi masalah Monopause
  • Menangkan hati dan emosi
  • Mengatasi masalah radang

biji halba untuk kurus

Halba ini jika dimasak dengan air hingga mendidih (jangan lupa untuk menambah gula), kemudian diminum, maka ia bermanfaat untuk melapangkan dada, tekak, dan perut, dan meredakan batuk, asma, gangguan pencernaan, mencairkan kahak, dan meredakan buasir, ia juga mampu menganalisis kekentalan kahak dada dan melawas haid.

Jika di lihat, Halba ini mempunya pelbagai manfaat pada tubuh badan seseorang itu. Ia ibarat sebuah AntiVirus semulajadi tanpa upgrade dan berkongsi dengan sumber yang lain. Dah macam sembang kkomputer pulak ye, antivirus kekeke. Betul lah, cuba kita tengok pc dan laptop, ada antivirus untuk internet security, ada untuk malware, adware , emel dan macam macam lagi untuk prevent laptop kesayangan kita dari tercemar dan rosak oleh virus jahat!

Begitu juga dengan halba. Ia ibarat  antiseptik dan penuh khasiat melancarkan sistem dalaman tubuh kita.

Sejak Kak Zura ada masalah gangguan hormon, kawan ada suggest amalkan biji halba setiap hari bersama madu.. Alhamdulillah.. ada perubahan dengan hormon Kak Zura. Macam Kak Zura cerita, selagi hormon kita tak stabil memang susah nak turun berat badan.

Cubalah ya.. 🙂

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.