Ramai Yang Gemuk Lepas Raya. Kenapa??

Harini Kak Zura nak share kaedah yang menarik untuk anda kekal langsing dengan berat badan sama selepas turun time puasa aritu walaupun menikmati macam-macam juadah time raya. Raya setahun sekali, rugi laaa tak makan, dah laa sebulan kita dah tahan nafsu nak makan.. Namun, jangan risau.. ada caranya.. pada musim perayaan.

transformasi gemuk selepas raya

Terliur tengok 

Dah namanya Raya… memang banyak laa makanan yang disediakan oleh saudara dan kawan-kawan untuk menjamu rakan-rakan yang datang ziarah kerumah mereka.. Kak Zura aritu pun.. satu hari takat 3 biji rumah je boleh gi.. lepas daripada tuh, dah memang tak leh nak masuk dah perut.. tiba-tiba baju jadi sendat walaupuan makan sikit je pun.. Mungkin kerana time puasa, perut kita dah kecik, jadi nak makan banyak tu dah tak leh masuk.

Keseronokan menyambut Syawal ditambah dengan pelbagai makanan tanpa ada kawalan pastinya membuatkan ada waktunya kita lupa.

Disebabkan tiada kawalan, ada yang mendapatkan rawatan kerana sakit dihidap menjadi serius seperti darah tinggi dan kencing manis disebabkan makanan menjadi punca utama.

 

Belajar puasa enam

Mungkin selama ini kita tidak pernah terfikir untuk puasa enam. Namun, tidak mustahil untuk kita mencari keberkatan lebih dengan berpuasa enam hari pada Syawal ini.

Selain dapat kurangkan kos belanja makanan, anda juga dapat hadkan pengambilan makanan seharian. Puasa enam dianggap sambungan daripada amalan puasa sepanjang Ramadan.

Bukan hanya pahala diperoleh, tempoh enam hari ini dapat memberi ruang kepada tubuh untuk berehat daripada memproses kuantiti dan pelbagai jenis makanan sepanjang lebaran.

 

Jangan minum manis

Minuman manis sama ada berkarbonat ataupun berperisa ibarat minuman wajib dihidang pada tetamu. Untuk seimbangkan kandungan gula dalam badan supaya tidak diambil berlebihan, apa kata belajar meminta air kosong atau air suam jika menziarah sanak-saudara.

Dengan pengambilan sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong dapat membantu keseimbangan kandungan air dan paras gula ke tahap normal untuk tubuh. Kesannya, ia dapat menghindarkan diri daripada terkena penyakit tidak diingini yang paling utama iaitu diabetes.

belly dance kelas untuk kurus

Santai 30 minit

Kak Zura dah start kelas belly dance lepas raya.. memang best sangat-sangat.. untuk umur macam Kak Zura ni dah tak sesuai nak lompat-lompat. sakit lutut!!! Bila join kelas belly dance pergerakan satu badan, dan kita tak rasa mengah, tapi yang bestnyaaa still berpeluh dan boleh turun berat badan. Cubalaaa..

Berjalan digabungkan dengan berjoging atau berbasikal dengan keseluruhan tempoh 30 minit dapat membakar lemak dan mengeluarkan toksin badan melalui peluh. Untuk anda yang sangat mengambil berat perihal kenaikan berat badan, tiada masalah melakukan senaman meskipun pada musim perayaan.

 

Makan sebelum 7 malam

Kawal pola pemakanan dengan betul. Sebaiknya, kurangkan makanan berlemak contohnya juadah berunsur daging dan berkolesterol tinggi. Setiap hari, pastikan anda makan malam awal iaitu sebelum 7 malam.

Rasa lapar waktu tengah malam memang tidak dapat dielakkan, cuba puaskan rasa lapar dengan minum segelas susu berserta sebiji epal. Percayalah, anda rasa kenyang dan selesa.

Seperti saranan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam, kebanyakan masyarakat Malaysia gemar memasak sendiri di rumah, tetapi meskipun begitu, faktor diet perlu dipertimbangkan.

“Makanan berkalori perlu dihadkan untuk mengelakkan kita berisiko obesiti. Makanan disediakan di rumah terbaik, tetapi untuk menjadikannya kategori makanan sihat atau sebaliknya, adalah pilihan kita sendiri,” katanya.

So.. jangan risau dan takut.. confirm boleh kurus dan turun berat badan walaupun makan time raya.. ikut je petua yang Kak Zura share tuh, pasti anda maintain slim dan tidak akan gemuk lepas raya.. GOOD LUCK!!

 

Jika ada yang nak Kak Zura bantu turunkan berat badan boleh hubungi Kak Zura terus di talian 012-2777396/014-9797769

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.