SEXY Ke SEKSA Berkasut Tinggi?? 

BERKASUT TINGGI (HIGH HEELS)

Tak tahu kenapa.. Kak Zura ni, kalau tiap kali pergi shopping mall bila lalu kedai kasut misti singgah.. memang minat dengan kasut kot.. oghe kata PANTANG TENGOK KASUT misti nak beli.. pernah borong 5 pasang kasut skaligus bila dah berkenan… rasa lebih konfiden bila berkasut tinggi sebenarnya..

Tapi.. tak semua kasut sesuai dengan kita.. ada pakai selesa.. ada pakai mula2 ok lepas 30 min sakit kaki.. ada juga terpaksa pakai pasal nampak glamor walaupun kaki kita jadi mangsa.. berurut lah jawap dia bila dah terhenjot-henjot tak boleh nak jalan..

 


I love shoes.. don’t know why.. especially yang tinggi.. maybe pasal Kak Zura punya “bantal golek” tinggi jadi tak nak nampak ketot.. nak kiss tak yah lah jinjing kaki.. heheheee..

 

Berikut adalah permasalahan yang timbul dari pemakaian kasut tumit tinggi, info ni Kak Zura tanya miss google je..

1. LUTUT pemakaian kasut tumit tinggi akan mengubah postur badan seseorang dan ini menyebabkan beban yang tinggi pada bahagian dalam lutut. Lutut merupakan tempat yang biasa diserang osteoarthritis. Satu kajian telah dijalankan dan menunjukkan pertambahan di lutut sebanyak 26% dengan pemakaian kasut tumit tinggi.

a) Postur Kasut tumit tinggi menolak titik berat badan ke depan dan menyebabkan ketidaksejajaran antara peha dan tulang belakang.

b) Tekanan Kasut tumit tinggi mungkin boleh menjadikan kaki anda kelihatan panjang tetapi tekanan di bahagian depan kaki anda akan bertambah berkadar langsung dengan penambahan kasut tumit tinggi anda.

2. BETIS Otot dibahagian betis akan mengerut (contract) untuk menyesuaikan dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Otot akan memendek dan menjadi ketat.

3. MORTON’s NEUROMA Tapak kasut yang tinggi serta hujung kasut yang tirus akan menyebabkan penebalan tisu disekiling saraf yang terletak antara jari kaki yang ketiga dan keempat. Ini akan menyebabkan rasa sakit dan kebas pada kaki.

 

akibat-berkasut-tumit-tinggi

So… amacam?? Apa pendapat anda pula?? Jujur Kak Zura katakan, kalau tengok wanita yang berkasut tinggi tuh memang nampak seksi.. cantik dan bergaya.. Kalau sakit tuh sendiri pakai sendiri tanggung lah kan?? hehehehee..

ADAKAH ANDA PUN KETAGIH SHOPPING  KASUT??

P/S : sama juga produk muka.. biar guna yang betul-betul sesuai.. baru cun melecun.. ni produk Kak Zura sendiri iaitu B’Venin. Klik lah link di bawah jika nak tahu pasal produk ni dan macam mana Kak Zura boleh nampak semakin muda walaupun dah berumur 45 tahun.. check it out.. 😉

B’VENIN – Secret Of Staying Young Together 

💖 Dragon Lady Hazura

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.