Tips Yang Selamat Untuk Buang Lemak Di Perut

Sebenarnya nak buang lemak di perut bukannya susah cuma nak kena tahu cara yang betul. Namun begitu ada juga segelintir wanita yang sanggup lakukan pembedahan dan liposuction untuk buang lemak terutaman sekali di perut akibat perut buncit selepas melahirkan anak.

Harini Kak Zura nak kongsikan  6 cara mudah yang boleh kita cuba untuk buang lemak di perut dengan cara yang selamat. Nak tahu tak??Baca ya..

Tips Buang Lemak Di Perut

1. Kurangkan Jumlah Makan

Nak makan boleh tapi jangan makan banyak sekaligus.. Makan kerap takpe.. sikit-sikit tapi boleh makan sampai 6x sehari..

 

2. Lebihkan Buah dan Sayuran

Apa yang kak Zura amalkan adalah makan buah dan sayur di waktu pagi dan malam.. kadang-kadang bila tak larat nak makan tu semua, kak zura blend je buah dan sayur tu jadikan smoothie.. best tau.. Menu dan resepi Smoothie

fruit juice

fruit juice

 

3. Bersenam

Tak perlu gi gym pun.. boleh buat kat rumah.. jimat masa, jimat duit. Kak Zura suka pasang lagu kuat-kuat.. exercise je kat rumah.. hehehe..

 

4. Amalkan Minum Lemon 

 

Buah lemon walaupun masam, sebenarnya ia bagus untuk detokskan badan kita. Air lemon juga bagus untuk stabilkan balik ph badan jika badan kita berasid. Jangan campur gula ya.. sebaliknya boleh cuba masukkan stevia jika nak manis. Baru tak lagi buncit..

 

5. Minum Air Mineral

Air mineral sangat penting untuk tubuh, tapi jangan sesekali minum air sejuk atau air dengan tambahan ais batu, kerana ia hanya akan membuat perut anda membesar dan lemak pun bersarang di dalam perut anda.

 

6. Kurangkan Hormon Inflamasi

Hormon inflamasi dan kadar kortisol yang tinggi menyebabkan anda kesukaran menurunkan berat badan. Hormon inflamasi akan meningkat jika anda mengalami stress dan kurang tidur. Cara yang tepat untuk mengurangkan hormon inflamasi adalah dengan bersiar-siar, tidur lapan jam, pengambilan makanan yang bersifat alkali, makan makanan yang berkualiti serta mengawal stress dengan melakukan senaman pernafasan.

 

Kak Zura harap ini dapat membantu anda sikit untuk atasi masalah perut buncit tu..  Good Luck!!!

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.