Tips Makeup Mata Biar Nampak Lebih Mengancam

Haaa… ni lagi satu topik yang menarik… Kak Zura suka makeup mata.. selalu tengok video kat youtube belajar cara solekan mata.. Tapi.. bila time nak cepat keluar rumah, terus buat simple macam selalu je, tak praktik pun yang belajar kat youtube tu.. hehehehe..

Haritu, time Kak Zura nak kena attend dinner Pengasas Natasya, ada tema bollywood.. emmm.. sambil mengadap youtube, sambil tu laaa toreh mata tu. Nak pastikan betul-betul macam pelakon Hindustan.. cuba you all tengok.. ok tak makeup mata Kak Zura buat tu.. hehehe..

 

hazura makeup mata

 

Tips Cara Makeup Mata

Kak Zura nak kongsikan pada anda cara mekap yang betul bagi memastikan mata anda nampak lebih galak/besar. Ikut step ni ya

Cuba eyeliner berwarna lain

Memilih eyeliner tak perlu memilih warna hitam saja. Anda boleh cuba warna lain seperti hijau, biru atau coklat untuk memberikan mata anda kelihatan berbeza dan menyesuaikan dengan busana atau aksesori yang anda pakai.

Pakai shimmery eye shadow

Untuk memberikan kesan mata yang lebih lebar dan besar, sebaiknya pakai eye shadow shimmery pada kelopak mata. Warna-warna glitter memberikan kesan mata lebih segar dan lebih glamour.

Highlight pada garis mata

Berikan garis pada bawah mata dengan warna highlight. Kali ini pilih saja warna putih dan pakai pada lingkaran dalam mata. Kemudian baru di bahagian luar disusun dengan eyeliner hitam.

Eyeshadow brow bones

Pakai eyeshadow berwarna terang di bahagian tulang kening untuk memberikan kesan mata yang lebih galak. Warna-warna highlight ini membuatkan mata lebih segar dan menggalakkan mata.

Concealer

Bila dah berumur nih, mata Kak Zura dah mula ada gelap bawah mata, kadang-kadang tak cukup tido pun salah satu punya. Oleh itu, cuba pakai concealer di bahagian bawah mata untuk menyembunyikan lingkaran hitam di mata.

Bulu mata

Beli alat klip mata sehingga bulu mata boleh terangkat dan membuatnya lebih lentik. Bulu mata ini yang akan membantu mengalihkan perhatian sehingga membuat orang merasa mata anda nampak lebih besar. Pastikan juga biar bulu mata tu nampak real tau.. Jangan panjang lebatttt macam penyapu.. O.M.G!!!

Pakai softlense

Kak Zura tak berapa suka pakai contact lense.. Rasa tak selesa.. bila time nak fotoshoot atau ada majlis glam glammm gitu baru pakai.. Kak Zura suka warna gray.. ramai cakap macam barbie doll.. perasan pulak dah.. hehehee.. Trend masa kini dengan memakai softlense boleh buat mata jadi lebih bening dan bulat. Helah ini juga sekaligus membuatkan mata anda nampak besar, galak. Pilih saja warna-warna coklat atau hitam sehingga memberikan kesan mata yang menarik.. Anda suka lense warna apa??

 

Selamat bermakeup you alllssss… Have fun cuba cuba try solekan mata tu..

 

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.