4 Cara Mudah Minum Air Kosong Boleh Bantu Anda Kurus!

Air kosong, nampak mudah hendak minum, akan tetapi ternyata bukan mudah seperti disangka. Lebih – Lebih lagi, mengikut sukatan keperluan berat badan dan paras air yg setara, dengan berat badan kita.

Air adalah satu elemen yang sangat penting didalam tubuh kita, ini kerana kandungan air dalam badan manusia 60% – 70% dari berat badan. Kandungan air dalam lemak, hanya 10%, tetapi bagi mereka yang obesiti, kandungan air dalam tubuh adalah kurang 60% . Jadi pengambilan air yang mencukupi secara konsisten membekalkan tubuh yg cergas, sihat dan mampu mendapatkan berat yang ideal.

Ada juga yang kata, risau minum air banyak-banyak bimbang akan terjadinya gemok air! BETUL KE??
Tak perlu risau pon sebenarnya, yang perlu risau, jika kurang minum air, ini kerana badan kita memang memerlukan air yang banyak, perlu diketahui juga, air membantu meningkatkan metabolisme badan, dan bonusnya bila metabolisme meningkat, berat badan kamu akan turun dengan cepat. untungkan?

Berapa Liter Sehari Yang Perlu Kita Minum Air Kosong?

Melalui aktiviti harian kita mengeluarkan tenaga, membuang air kecil dan besar, bernafas, dan bergerak aktif seharian, menyebabkan air hilang dari badan, dan perlu digantikan semula agar proses tubuh dapat berjalan dengan lancar.

Periksa pengambilan air secara detail, berapa gelas sehari @ berapa liter kita dapat minum, ini kerana kadang-kala kita merasakan dan banyak sangat minum air kosong seharian, hakikatnya, 2 liter pon tak sampai. Selain perlu kira air yang telah kita minum, pengiraan liter seharian juga kita perlu tahu. kita perlu minum air kosong, bergantung kepada berat badan seseorang, 25kg perlu minum 1 liter air kosong. lihat contoh ringkas dibawah untuk lebih jelas :-

Fatimah – berat 75kg
1 liter – 25kg
jadi Fatimah perlu minum 3liter sehari!!!!

berapa berat anda?
jom semak, berapa liter anda perlu minum sehari
untuk kekal sihat, cergas cantik dan bertenaga.
(Berat Badan Bahagi 25kg = )

Becerita pasal air, dan ada yang mengadu bimbang jika minum air berlebihan perot akan kelihatan buncit, sebenarnya perkara utama terjadi begitu berpunca dari mereka yang gemar makan bersulamkan air.
Saranan terbaik yang perlu diamalkan ialah minum air kosong 1-2 gelas 20minit sebelum waktu makan, ianya bagus untuk sistem penghadaman kita, dan dalam masa yang sama membantu mengelak kita makan terlalu banyak, bila waktu makan tiba.


1- Jadikan air kosong sebagai MINUMAN UTAMA. Air manis segelas je sehari. Air karbonat, tinggalkan terus.
2- Biasakan minum 2 gelas air kosong sebaik sahaja bangun dari tidur.
3- Bawa botol air ke mana saja & tandakan waktu anda perlu minum.
4- Minum menggunakan straw.
Terima kasih 😊
Simple jer. Tapi yang simple ni la jarang orang ambil berat. Betul kan? hehe  👌👌

#DragonLadyHazura

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.