8 Tips Minyak Wangi Yang Anda Belum Tahu

​Sekarang ni banyak di jual perfume harga murah yang baunya seakan-akan perfume original. Kak Zura pun sekarang dah beralih beli yang murah je daripada beli yang branded. Bau pun tahan lama.. 

Kak Zura nak kongsi dengan anda semua 8 tips mengenai minyak wangi.. Rasanya ramai yang belum tahu.. baca ya.. 

1) KENAPA SESETENGAH PEWANGI ADA TEMPOH TAHAN YANG BERBEZA SETIAP ORANG? Sebab kulit manusia ada 2 jenis iaitu kering dan lembap (berminyak). Untuk kulit berminyak bau perfume akan tahan lebih lama berbanding dengan kulit kering kerana kulit berminyak ada pelembap semulajadi.

.

2) KENAPA BAU MINYAK WANG KADANGKALA BERBEZA PADA SETIAP ORANG. Untuk pengetahuan anda, diet dan umur mempengaruhi bau wangi pada kulit. Dalam perfume ada macam² campuran minyak. Sesetengah minyak2 itu pula kadang² meresap masuk dalam kulit sesetengah orang dan tak pada kulit orang lain. Ini akan mencipta tak keseimbangan pada kulit.

.

3) BAGAIMANA NAK KEKALKAN BAU PERFUME KAT BADAN? Kalau nak bau perfume tahan lama sebelum spray kat badan, sapukan sikit moisturizer atau bedak supaya bau perfume tu tahan lama or spraykan sikit kat rambut.

.

4) JANGAN SPRAY DI BAJU. Bukan tak boleh tapi kurang digalakkan. Sebab ia boleh merosakkan baju dan nanti takut ada tompokan di baju terutamanya baju berwarna putih. Kadang-kadang ia boleh timbulkan bau tengik juga sebab bau perfume dah bercampur dengan peluh lama pada baju anda. So, anda dinasihatkan spray sikit je kat baju.

.

5. KENAPA PERFUME ADA ALKOHOL? Sebab alkohol akan membuatkan pewangi mengeluarkan bau wangi apabila disapu pada kulit.

.

6. BERAPA LAMA HARUMAN BOLEH BERTAHAN PADA KULIT? Pewangi boleh bertahan pada kulit dalam masa 4 jam atau lebih, tapi baunya tidak sama dengan bau asal lagi sebab perfumes ada beberape tone bau yang akan bertukar pada beberapa jam tertentu.


7. CARA TERBAIK MENJAGA PERFUME? Simpan perfume pada suhu bilik. Elakkan daripada suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Ingat ye, perfume jugak tidak boleh didedahkan dibawah sinaran matahari dalam tempoh yang lama.

.

8. BERAPA LAMA PERFUME BOLEH DISIMPAN? Pewangi tidak akan bertahan lama. Ia bergantung pada kualitinya. Biasanya ia hanya mampu bertahan dalam tempoh masa 3 atau 4 tahun dari tarikh perfumes dihasilkan.

Kak zura suka wangian Miracle So Magic dari Lancome. Dah guna perfume ni dah 12 tahun.. bau dia lembut dan manis. Apa pula favourite perfume anda?? Jika artikel ini menarik boleh lah share dengan rakan-rakan anda.. 🙂

Salam sayang.. love dari Kak Zura (Dragon Lady Hazura)😍😍

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.