Apa Kebaikan Chia Seed Untuk Diet?

chia seed drinks

APA ITU CHIA SEED??

Ada ke yang tak tahan lapar bila puasa?? Meh Kak Zura nak citer sikit pasal chia seed nih..
Chia seed merupakan salah satu makanan superfood yg sangat tinggi dengan pelbagai khasiat. Chia seed boleh dimakan secara begitu sahaja dan sesuai untuk di tambahkan kedalam apa jua makanan dan minuman. Selain daripada mengenyangkan (sebab chia seed ni akan mengembang , buatkan makanan/minuman lebih pekat & likat), chia seed juga mengandungi pelbagai nutrisi.

KANDUNGAN Chia Seed hebat sebab 28 gram atau dua sudu chia seeds mengandungi:

Fiber: 11 gram
Protein: 4 gram
Omega 3: 9 gram
Kalsium: 18% dari keperluan harian tubuh manusia
Manganese: 30% dari keperluan harian tubuh manusia
Magnesium: 30% dari keperluan harian tubuh manusiadari keperluan harian tubuh manusia
Phosphorus: 27%
Chia Seed juga mengandungi Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) and Vitamin B2.

Semua ini penting untuk membekalkan nutrien sepanjang berpuasa. Dengan kandungan anti oksida yang tinggi, Chia Seed patut menjadi pilihan nombor 1.

Caranya:
1. Masukkan 2 sudu Chia Seed ke dalam air kosong bersuhu bilik utk yg dah serasi dgn chia seed & 1 sudu teh utk yg baru nak berkenalan dgn chia seed (jangan bancuh chia seed dalam air panas)
2. Biarkan selama lebih dari 30 minit. Lebih lama lebih bagus.
3. Chia Seed akan kembang seperti biji selasih.
4. Minum.

Air tersimpan di dalam Chia Seed. Ia akan terkeluar sedikit demi sedikit. Seterusnya membekalkan air sepanjang tempoh berpuasa. Perut terasa penuh. Kenyang. Sampai pukul 6 petang masih buang air kecil. Jadi sebelum nak masuk tidur baca niat puasa & siapkan overnight chia seed

 

MANFAAT Chia Seed

  • Membekalkan tenaga dan stamina
  • Menguatkan sistem ketahanan badan (immune system)
  • Dapat membantu mengurangkan berat badan
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Membersihkan colon
  • Membantu untuk detox kan badan daripada sisa toxin
  • Dapat mencegah kanser
  • Baik untuk penghadaman
  • Merawat masalah sakit otot
  • Membantu kita mendapatkan kulit , rambut dan kuku yang lebih sihat

pecan delight chia seedResepi Overnight Chia Seed

350ml susu segar
2 sudu besar chia seed/ 1 sudu teh chia seed
3 biji kurma (potong kecil2)
1 sudu besar al-manna
1 sudu besar oat
1 sudu besar flax seed
3 biji kekacang yg di cincang..
*Kak Zura guna kacang almond

Masukkan semua bahan-bahan dalam gelas dan biarkan dalam petisejuk. Bangun sahur boleh minum.. Kenyang sampai waktu berbuka.. Cubalah.. 🙂

 

#PERINGATAN
UTK YG MENGALAMI DARAH RENDAH TIDAK DIGALAKKAN MENGAMBIL CHIA SEED kerana salah satu khasiat chia seed ialah menurunkan tekanan darah tinggi.

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.