Bagaimana Minyak Zaitun Bantu Turunkan Berat Badan

Mempunyai tubuh yang langsing adalah idaman setiap orang terutama sekali wanita. Kak Zura sendiri pun nak kurussssss… susah hati kalau badan mula naik. Ada je produk baru misti nak cuba.. tapi itu dulu..

Sebenarnya ada banyak cara untuk melangsingkan badan yang boleh kita dapati di internet atau pelbagai artikel kesihatan. Namun bagaimana jika kita sudah lakukan banyak sekali untuk turunkan berat badan tapi badan yang langsing tak juga capai. Adakah anda sudah pernah mencuba cara melangsingkan badan dengan minyak zaitun?

Minyak yang satu ini mempunyai banyak sekali manfaat luar biasa bagi kehidupan kita. Boleh di gunakan untuk memasak makanan, untuk bahan campuran kosmetik serta untuk ubat herba yang saat ini mulai banyak di pakai oleh masyarakat. Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana cara kurus dengan menggunakan minyak zaitun, baca artikel ini sampai habis ya..

olive oil

Sukatan minyak zaitun

Anda boleh mengambil minyak zaitun sebanyak 2 sudu makan setiap hari waktu pagi. Kak Zura telan macam tu je, macam makan ubat batuk.. Beli ‘EXTRA VIRGIN OLIVE OIL’. Minyak zaitun ini akan sangat bermanfaat untuk memberikan isyarat pada otak anda untuk mengawal rasa lapar yang timbul. Khasiat yang satu inilah yang di gunakan untuk mengawal nafsu makan sehingga kita boleh mengurangkan pengambilan makanan di kehidupan seharian kita.

Kandungan minyak zaitun

Minyak zaitun mengandungi pelbagai zat alami yang berkhasiat tinggi untuk tubuh, selain untuk mengurangkan kadar kolesterol, minyak zaitun juga akan tetap memberikan anda tenaga sepanjang seharian untuk bekal bekerja anda.

Pengganti minyak

Salah satu penyebab kegemukan yang terbanyak adalah minyak. Jika anda terbiasa memasak dengan menggunakan minyak akan ganti minyak goreng anda dengan minyak zaitun. Cari minyak zaitun yang khas untuk memasak tau!!! Misalnya untuk menumis, ganti minyak dengan 2 sudu minyak zaitun dan masak seperti biasa. Itulah beberapa perkara yang boleh anda lakukan dalam cara melangsingkan badan dengan minyak zaitun. Cuba dan praktikkan cara tersebut dengan segera, anda akan melihat hasilnya yang luar biasa. Minyak zaitun yang kaya manfaat itu bukan hanya boleh membuat badan anda langsing tetapi juga lebih sihat.

Selamat mencuba.

Jika ada sebarang soalan jangan malu-malu untuk hubungi Kak Zura ya.. 🙂

Baca Juga: https://www.hazurahashimbani.com/cooking-recipe

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.