Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Khasiat Minyak Habbatus Sauda

Sekarang ni kita tengok sudah ramai orang mula jual produk berasaskan habbatus sauda. Kenapa? Bagus ke? Kak Zura pun dah mula start amalkan habatussauda dalam bentuk gel (lebih mudah untuk dimakan) yang Kak Zura beli di Shah Alam.. beli banyak-banyak sekali gus, borong.. baru dapat harga murah.

 

Khasiat Minyak Habbatus Sauda

Pokok habbatus sauda yang asalnya tumbuh liar di kawasan Mediterranean dan kini meluas ditanam di Utara Afrika terutama Mesir, Syria, Iran, selatan Eropah dan juga India semakin mendapat tempat sebagai ubatan alternatif. Ianya sudah lama menjadi makanan sunnah Rasulullah. Barangkali kita terlupa dengan satu hadis sahih riwayat Imam Bukhari tentang khasiat minyak habbatus sauda;

Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati” – Nabi Muhammad S.A.W. 1001

 

Dalam sistem tubuh badan kita, antara perkara penting untuk menangkis serangan pelbagai penyakit ialah sistem ketahanan tubuh badan ataupun kita selalu dengar ianya disebut sistem antibodi badan. Jika sistem antibodi kita kuat, insyaAllah, badan kita tak mudah untuk dijangkiti penyakit. Mungkin salah satu key-point khasiat habbatus sauda ada di sini. Kak Zura kongsikan beberapa khasiat minyak habbatus sauda yang telah dilakukan penyelidikan sama ada penyelidikan awal di dalam makmal.

 

Jom kita baca antara khasiat minyak habbastus sauda.

1. Mencegah/mengubati diabetes mellitus (kencing manis). Kajian ke atas 50 ekor tikus yang dijangkiti penyakit Diabetes Mellitus menunjukkan keputusan yang positif. Kandungan gula dalam darah didapati menurun dan kadar penghasilan insulin juga turut meningkat (Rujukan: Tohoku J Exp Med, Sept 2003).

2. “Ubat” awet muda. Penyelidikan ke atas tikus yang diaruh penyakit nyanyuk dan kemudian diberi makan habbatus sauda yang tinggi bahan timokuinon menunjukkan keputusan yang positif (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia).

3. Menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah. Paras kolesterol dan gula yang tinggi pasti akan mengundang seribu macam masalah kesihatan antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.

4. Agen antiosteoporosis/tulang rapuh. Punca osteoporosis antaranya ialah menopaus dan kekurangan hormon estrogen. Pengambilan minyak habbatus sauda yang konsisten, insyaAllah mampu mencegah penyakit tulang rapuh. Elok juga kita mencegahnya sebelum terlambat (Rujukan: Ahmad Nazrun Shuid et al. Nigella Sativa: A Potential Antiosteoporotoc Agent).

5. Mencegah sakit jantung koronari. Antara hasil kajian saintis di Universiti King As-Saud, Arab Saudi ke atas sampel tikus menunjukkan pemberian habbbatus sauda secara konsisten selama seminggu berjaya menurunkan kadar homosistin dalam darah.

…lebih 54% pesakit jantung koronari mempunyai tahap homosistin yang tinggi dan jika ianya tinggi, risiko arteri kita tersumbat juga meningkat walaupun tahap kolesterol kita rendah atau normal…
 ~ Pengarah Pusat Penyiasatan Klinikal di Jabatan Perubatan Universiti Malaya. Prof. Dr. C.C. Lang.

Ini antara seribu keajaiban yang Allah sembunyikan di dalam habbatus sauda, black seed. Tinggal untuk kita yakin dan beramal dengan makanan yang Nabi Muhammad SAW sendiri rekomen untuk kita.

Jika anda ada beli yang jenis minyak ni, boleh amalkan minum 2 kali sehari (pagi dan malam). 3 titik dalam air suam.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Kak Zura ya..

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.