Adakah Bahaya Makan Nenas Setiap Hari?

Ramai yang tanya Kak Zura kenapa asyik makan nenas je setiap hari.. Tak bahaya ke? Kak Zura sebenarnya bukan suka sangat makan nenas sebelum ini. Rasanya yang masam manis serta jika makan banyak boleh sebabkan lidah berasa lidas atau gatal dan pedih. Kak Zura lebih suka minum jus nenas sahaja.. Blend atau pun mix dengan apa-apa sayur dan buah lain buat smootie.. sedappp…

 

Adakah Bahaya Makan Nenas Setiap Hari?

Kak Zura cuba juga amalkan untuk lawas buang air besar.. Di samping itu banyak juga info bila Kak Zura cuba google kebaikan nenas ni.. Boleh makan nenas setiap hari untuk kebaikan kesihatan otak, emosi, serta kecantikan kulit.

 

Kebaikan Makan Nenas Setiap Hari

Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre. Vitamin yang cantikkan kulit.

 

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan. Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.

 

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

 

Jadi apa lagi.. Cuba amalkan makan buah nenas sebelum makan lunch or dinner… Boleh cuba cara diet nenas ini kalau nak turun berat badan.. https://www.hazurahashimbani.com/bagaimana-buah-nanas-boleh-bantu-turunkan-berat-badan/

 

Jika ada sebarang pertanyaan pasal diet boleh hubungi kak Zura ya.. 012-2777396

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.