Bagus Ke Intermittent Fasting Diet Di Malaysia?

Intermittent Fasting Diet boleh bantu Lisa Surihani turun berat 11 kg. Sejak tersiarnya artikel artis Lisa Surihani yang berjaya turunkan berat badan dengan menggunakan kaedah berdiet Intermittent Fasting Diet (IF Diet), ramai yang nak cuba diet IF ini yang semakin viral dan tular di media sosial..

 

 

Intermittent Fasting Diet, Bagus Ke?

Ramai yang tanya Kak Zura boleh ke berdiet dengan kaedah ini? Boleh ke kurus kalau kita tak makan dan berlapar?

Sebenarnya dah lama yang amalkan kaedah diet ini.. Kita je yang masih tak tahu.. Kak Zura sendiri pun ini baru tahu tentang amalan diet Intermittent Fasting atau IF untuk kurangkan berat badan. Jadi seperti diet Atkins dan diet lain, biarkan Kak Zura terangkan apakah diet atau amalan diet IF, impak untuk kurangkan berat badan dan pendapat Kak Zura secara am.

Kak Zura pula bukan pengamal diet Intermittent Fasting kerana takut gastrik kalau lama-lama tak makan dan perut kosong. Kak Zura lebih gemar amalkan diet dengan minum Alpha Lipid Shake-up walaupun tak makan breakfast bila minum shakeup berries ini, tapi Kak Zura boleh makan lunch dan dinner.. Tapi itu bukan bermakna diet IF tidak bagus. Cuma kena ikut badan seseorang..

 

 

Kelebihan Intermittent Fasting Diet (If)

Diet ini terbukti berkesan kepada hampir kebanyakan individu yang telah mencubanya. Ia dikatakan melatih tubuh untuk menerima makanan dalam masa tertentu dan merehatkan sistem pencernaan. Sama seperti berpuasa, ia diibaratkan membersihkan dalaman tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman.

Jika dilakukan dengan displin, kamu boleh turun berat badan sehingga lima hingga tujuh kilogram dalam masa dua minggu. Diet IF juga lebih berkesan daripada diet mengira kalori kerana kamu lebih mudah tertekan dengan mengira kalori yang kadangkala tidak tepat pengiraannya. Diet ini juga dilaporkan boleh mengurangkan risiko penyakit seperti darah tinggi dan diabetis.

Diet lain menyebabkan kulit kamu menggelebeh selepas kehilangan lemak, sebaliknya diet IF membakar kalori dengan cepat serta meningkatkan metabolisme.

 

Boleh hubungi Kak Zura jika ada yang nak maklumat lanjut untuk turun berat badan tanpa perlu berlapar.. Call/wasap 0122777396

 

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.