Cara Amalkan Diet Intermittent Fasting?

APA ITU DIET INTERMITTENT FASTING?

IF ialah ‘Intermittent Fasting’. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah diet terbaik. Ikut lah sunnah, Rasulullah SAW banyak berpuasa, dengan pelbagai sebab. IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.

IF ini ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam masa 12-14 jam. Terpulang pada individu nak mula jam berapa. Kalau mula 6.30 petang, esok jam 9.30 pagi baru sarapan. Kalau mula 8.30 malam, 11.30 pagi baru mula makan.

 

diet intermittent fasting

 

Apa kebaikan Diet IF (Intermittent Fasting)?

Juga dikenali sebagai “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”. ‘Berpuasa’ dalam erti kata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD’ di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK kilo!

Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14/16 jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 9.30/10.30 pagi!

 

Sebagai permulaan – dinasihatkan buat 12 jam dulu. Kita boleh mula dengan makan malam pada pukul 6.30 petang, esok sarapan 6.30 pagi. Bila dah okay, buat 14 jam. 6.30 petang makan malam dan 8.30 pagi sarapan. Lepas itu, teruskan perjuangan 16 jam. Makan malam pukul 6.30 petang, sarapan merangkap makan tengah hari pukul 10.30 pagi. Sebaiknya 14-16 jam berpuasa.

Buat ikut keperluan. Contoh, semalam ada kenduri makan pukul 8.30 malam, esok itu tak perlu breakfast, terus lunch!

LAPAR?

Dalam pertengahan itu, anda boleh untuk:
1. Minum air masak.
2. Minum air garam. Garam bukit 1/2 sudu teh dengan air mineral.
3. Teh hijau.
4. Kopi.
5. Teh.

Nombor 3,4 dan 5 semua TANPA gula atau susu! Kemudian, IF ini boleh la buat EOD dulu iaitu ALTERNATE DAY. Satu hari IF satu hari Feed Day.

 

Dah ok, boleh buat daily. IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas/Ketagihan/sifat nak mengunyah yang tak habis-habis.

Kak Zura sarankan, you all gantilah puasa dulu yang mana tertinggal samada sengaja atau tak, lepas tu baru start cara diet ni untuk kita boleh sesuaikan perut kita nak diet cara intermittent fasting. Good luck ya!! 🙂

Secara peribadi, Kak Zura tak pernah cuba cara diet ini. Pasal Kak Zura suka makan dan bersenam.. Hiking sangat seronok sekali.. kuatkan otot-otot kaki dan rasa lebih bertenaga..

 

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.