Kak Zura nak share satu artikel yang sangat menarik, terutama sekali kepada yang ada masalah hormon yang tidak seimbang. Kak Zura pun selalu mengalami masalah ini, jadi faham sangatlah situasi ini. Memang lagi semakin stress kalau badan lagi gemuk walaupun dah berdiet.
Anda ada masalah hormon ke??
Masalah hormon yang tidak seimbang memainkan peranan yang penting jika kita gagal menurunkan berat badan. Jika kita berdiet, berat akan turun perlahan atau tidak turun langsung dan selalunya menyebabkan kita kecewa untuk terus berdiet.
Kita perlu faham bahawa hormon ini adalah sejenis bahan kimia yang dirembeskan kedalam saluran darah oleh kelenjar endokrin badan kita. Ianya bertugas untuk menyelaraskan proses-proses yang penting didalam tubuh badan.
Baca juga: Jenis-jenis hormon
Selalunya kaum wanita kerap menghadapi masalah ini namun begitu tidak mustahil bahawa kaum lelaki juga tidak terkecuali akan gejala ini.
Dengan itu.. penyelesaian yang harus kita lakukan untuk cepat kurus adalah selesaikan dulu masalah hormon anda, baru laaaa senang nak turun berat badan..
Nanti Kak Zura akan kongsikan lagi artikel-artikel menarik.. tungguuuu ya??