Mulut Cakap Nak Kurus, Tapi Perut Cakap Lapar – Part 1

Ramai yang pm Kak Zura bagaimana nak kurus bila Kak Zura post di facebook gambar Kak Zura berjaya turunkan berat badan. Jadi, hari ini Kak Zura nak kongsikan bagaimana mulut kunyah makanan perut boleh kenyang body jadi slim..

hazura nak kurus

 

BAGAIMANA NAK KURUS?

Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Di tambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.

Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini.

Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Kak Zura pasti kita akan mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan kita. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?

Kak Zura akan bongkarkan rahsia dan step by step macam mana Kak Zura boleh turunkan berat badan.. nak tahu ke??

 

DANCE DIET SLIMMING PROGRAM

Kenapa Dance Diet? Kak Zura beri nama ni, kerana walaupun kita berdiet tapi kita nak kena enjoy macam kita menari.. Program ni terbahagi kepada 3 peringkat utama.. Kalau ikut betul-betul sebenarnya tak perlu pun beli produk-produk slimming kat pasaran tuh, masih juga boleh kurus dan turunkan berat badan anda tu dengan cepat dan selamat.. CUMA, SYARAT UTAMA DIA = KENA DISIPLIN.. BARU BOLEH BERJAYA…

1. MAKE YOUR OWN SLIM POTION

Nak Kurus Detox Lebih Penting

Sebelum nak mula berdiet, pastikan usus kita bersih. Kena detox dulu.. Kalau tidak susah nak kurus. Bila usus bersih barulah mudah untuk badan kita serap segala khasiat, baru lebih berkesan. Apa yang Kak Zura lakukan untuk detoks ialah dengan makan buah dan sayur untuk 3 hari sebelum mula berdiet. Kak Zura kadang-kadang tak larat nak makan sayur tu banyak-banyak, jadi cara mudah apa yang Kak Zura buat adalah dengan blend je sayur dan buah tu kemudian minum.

Sedap tau rasa dia.. yang lagi best, pembuangan pun lawas.. Untuk anda yang ada masalah sembelit tu boleh cuba.. Anak Kak Zura memang tak suka makan sayur, tapi bila Kak Zura blend sayur dengan buah.. dia boleh minum.. syukur sangat-sangat..

Banyak lagi Resepi Diet Drinks yang anda boleh cuba di blog resepi Kak Zura. Boleh klik di link ini –> http://bit.ly/2nSscVN

Sambungan 2 lagi step, boleh baca di Mulut Cakap Nak Kurus, Tapi Perut Cakap Lapar – Part 2

Apa-apa soalan boleh hubungi Kak Zura di 012-2777396

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.