Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mulut Cakap Nak Kurus, Tapi Perut Cakap Lapar – Part 2

Nak Kurus? Betul ke?? Itu yang selalu kita buat azam baru setiap tahun.. biar kali ni kita buat sampai jadi. Kak Zura akan sambung part 1 untuk kongsikan lagi bagaimana nak kurus dengan cara yang selamat.. Bagaimana dengan bahagian pertama semalam, dah try buat ke slimming potion tu?? Nanti share lah pada Kak Zura ya..

 

2. CHOOSE YOUR PLATE

Jangan ambil makanan bergula yang tinggi. Ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan tahap glukosa darah. Sebenarnya macam-macam jenis diet dah Kak Zura cuba, tapi tak berjaya. Sebab utama dia kerana Kak Zura tak boleh tahan kalau tak makan manis. Macam dah ketagih gula lah pulak.. Tengok kek atau coklat tu boleh tukar dengan nasi.. memang bahaya sungguh. Jadi sekarang ni apa yang Kak Zura lakukan cuba kurangkan pengambilan gula yang dikatakan sebagai RACUN sebenarnya.. Impak dia lebih cepat berkesan.

Sekarang ni Kak Zura lebih gemar untuk follow diet ikut jenis darah kerana yang bestnya Kak Zura berdarah B dan boleh makan nasi.. Info detail pasal DIET IKUT JENIS DARAH boleh baca di link ini –>>Β https://www.hazurahashimbani.com/diet-ikut-jenis-darah/

Sayur dan buah tu memang perlu kita ambil untuk dapatkan pemakanan yang seimbang, sebab tu lah kadang-kadang bila rasa tak terlayan nak makan sayur dan buah Kak Zura just blend je.. segelas tu boleh kenyang lah.. jadi kita pun tak makan banyak.. Dalam blog Kak Zura dah sediakan macam-macam resepi untuk mudah masak kalau takde idea. Nanti usha-usah ya.. https://www.hazurahashimbani.com/cooking-recipe/

 

3. EXERCISE & WORKOUT

Step ke 3 yang Kak Zura amalkan ialah dengan bersenam.. Bila umur dah 40-an nih, nak lompat-lompat buat aerobik tu memang dah tak larat laaa.. sakit lutut.. huhuuu.. Tapi, jangan jadikan alasan.. macam-macam boleh kita buat untuk mengeluarkan peluh dengan berenang, mengemas rumah, berkebun dan macam-macam lagi.. Pastikan anda enjoy dan tak rasa terpaksa.

Kak Zura sekarang ni lebih suka buat senaman dengan berjalan sahaja ikut youtube. Kat bawah ni salah satu video yang Kak Zura ikut dan buat 3x seminggu. Kalau takde masa pun kena cari juga masa, ingat apa yang Kak Zura bagi tahu awal-awal lagi yang penting KENA DISIPLIN.. Jom follow video ni.. Have fun!! πŸ™‚

Dari tips-tips yang Kak Zura kongsikan itu, jika anda lakukan dengan serius dan tekad yang kuat, maka yang pasti dalam tempoh seminggu anda akan dapat lihat perubahan yang ketara. Bersedialah untuk anda jadi perhatian kawan-kawan serta pasangan anda bila tubuh anda semakin lansing cantik dan mengancam..

Nantikan artikel Kak Zura seterusnya, supplemen-supplemen apa yang Kak Zura amalkan untuk bantu Kak Zura lebih cepat berkesan untuk turunkan berat badan. BACA DI SINI ->> MULUT CAKAP NAK KURUS TAPI PERUT CAKAP LAPAR PART 3 πŸ™‚

β€œNak Seribu Daya.. Tak Nak Seribu Dalih.. β€œ

Sambungan akhir lagi step, boleh baca di Mulut Cakap Nak Kurus, Tapi Perut Cakap Lapar – Part 3

Jika anda ada apa-apa pertanyaan atau kemusykilan atau pun nak Kak Zura bantu anda turun berat badan.. InsyaAllah.. Kak Zura boleh bantu..

Email: hazurahashimbani@gmail.com

Sms/whatsapp: 012-2777396 / 019-3197976

Fb: Hazura Hashim Bani

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.