Nak Turunkan Kolesterol Jahat Anda? Cara Ini Yang Boleh Anda Amalkan

Kenali Kolesterol Jahat Atau Baik

Kolesterol dapat dikategorikan kepada 2 jenis iaitu kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LHL). Kolesterol baik sangat penting peranannya dalam badan terutama untuk membantu penyerapan asid lemak dan juga mengeluarkan hormon-hormon seks.

Namun, yang wajib dihindari ialah kolesterol jahat atau LDL yang boleh menyebabkan penimbunan lemak pada pembuluh darah yang kemudian boleh menyebabkan timbulnya serangan jantung.

Pada dasarnya, kolesterol terdapat secara semulajadi di dalam tubuh. Walau bagaimanapun, tahap kolesterol yang ada dalam tubuh juga boleh meningkat dengan pengambilan makanan yang dimakan sestiap hari.

Makanya, salah satu kunci untuk mengawal kadar kolesterol di dalam tubuh ialah dengan menghadkan sumber makanan yang kaya kolesterol masuk ke dalam tubuh seperti makanan bergoreng, berminyak dan berlemak.

Selain itu, banyak mengambil makanan yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh juga boleh membantu. Berikut merupakan jenis makanan dan minuman yang boleh menurunkan kadar kolesterol anda.

 

Ikan dan Omega 3

Dengan amalkan makan ikan dan omega 3 ia mampu untuk mencegah beberapa penyakit. Diet yang kaya dengan omega 3 boleh mengurangkan risiko jantung, mengurangkan risiko penggumpalan darah dan juga boleh menurunkan tekanan darah. Para ahli kesihatan menyarankan untuk memakan ikan kaya omega 3 sebanyak 2 kali dalam seminggunya. Kak Zura sekarang dah 6 bulan amalkan produk Artic Sea, yang kaya dengan minyak ikan dan minyak zaitun bagus untuk kurangkan kolesterol dan boleh kurus jugak tau.. 🙂

forever-arctic-sea-minyak-ikan-miyak-zaitun untuk kolesterol

Kajian yang pernah dilakukan di Norway University of Science and Technology mencari keputusan bahawa pengidap diabetes jenis 2 yang banyak memakan ikan yang kaya omega 3 selama 9 minggu ternyata mengalami penurunan kepekatan dan saiz jenis kolesterol di dalam tubuhnya.

 

Kulit Kayu Manis

Dalam sebuah kajian yang pernah disiarkan di jurnal Diabetes Care mendapati bahawa dengan hanya mengambil ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis sehari boleh mengurangkan kadar gula darah pada pesakit diabetes jenis 2.
Selain itu, Kulit Kayu Manis juga telah terbukti secara berkesan mengurangkan kadar trigliserida, LDL, dan kadar kolesterol total di dalam tubuh.

 

Jenis-jenis Kacang

Mungkin belum banyak yang tahu bahawa ternyata kacang-kacang juga mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat membantu dalam mengurangkan kadar risiko penyakit jantung.
Kacang-kacang seperti Walnut dan Almond dapat membantu menurunkan kolesterol. Penn State Study menunjukkan bahawa dengan mengambil Walnut hijau memberi kesan pada penurunan kadar kolesterol jahat secara berkesan.

 

Buah dan Sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan makanan yang banyak mengandung vitamin dan berfungsi dalam menurunkan kadar kolesterol di dalam tubuh. Buah-buahan tersebut termasuk didalamnya Epal, Anggur, Apricot sedangkan sayurnya meliputi Kol, Bawang Putih, dan juga Ubi Jalar.
Selain bebas kolesterol, buah-buahan dan sayur-sayuran juga sangat kaya serat dan pectin yang merupakan 2 unsur yang terbukti dalam menurunkan kadar kolesterol.

 

Anggur Merah

Sebuah kajian yang pernah dilakukan oleh Dr Jane Freedman dari Boston University Medical School menunjukkan bahawa ternyata orang yang meminum anggur dalam 14 hari secara berturut-turut akan menaikkan kadar kolesterol total dan juga HDL atau kolesterol baik.

Jus Anggur memang terkenal dengan kandungan antioksidannya yang tinggi yang berperanan dalam membantu meningkatkan kadar HDL dalam darah.

anggur-merah-kurangkan-kolesterol

Jus Lemon

Menurut American Dietetic Association, kandungan limonoids di dalam Lemon berguna untuk menurunkan kadar kolesterol jahat. Selain itu, lemon juga sangat kaya akan vitamin C yang merupakan antioksidan yang kuat.

Nigerian Journal of Physiological Sciences pernah melaporkan bahawa vitamin C yang berasal dari lemon setelah dimakan selama 30 hari boleh menurunkan kolesterol jahat secara berkesan.

 

Teh

Penyelidikan mengenai epigallocatechin gallate (EGCG) yang merupakan komponen bioaktif yang paling dominan di dalam teh terbukti dapat mencegah terjadinya percepatan (pecutan) pengoksidaan kolesterol jahat (LDL).

Dengan rutin meminum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar akan bermanfaat untuk mengurangkan terjadinya penyumbatan pembuluh darah yang boleh menjadi pencetus penyakit jantung. Kolesterol baik diperlukan oleh tubuh, sedangkan kolesterol jahat boleh menimbulkan masalah kesihatan bagi tubuh.

Kak Zura suka amalkan GC Tea yang lebih dikenali sebagai teh sekat gula. Ia sangat bagus untuk mengurangkan kolesterol serta yang bestnya dapat turunkan berat badan.

 

Cara menurunkan kolesterol jahat yang berlebih dalam tubuh ialah dengan secara konsisten mengambil makanan dan jenis minuman di atas yang telah terbukti baik secara ilmiah maupun empirik dalam menurunkan kadar kolesterol jahat. Cubalah anda amalkannya secara teratur dan konsisten untuk menjaga kesihatan kita dari sebarang penyakit. Bila kolesterol turun secara tak lansung boleh turun berat badan.. InsyaAllah..

Jika ada sebarang pertanyaan untuk Kak Zura bantu.. boleh hubungi Kak Zura di 012-2777396

 

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.